Saturday, May 5, 2007

Selamat Hari Ibu - duhai ibuku

Ibu, dikaulah diantara manusia yang memahamiku.
Aku bolih sahaja berbicara padamu apa saja kebukuan dalam kalbuku.
Aku bolih saja berbuat silap dihadapanmu dan kau tetap menerimaku
Begitu indah budimu
Begitu besar pengorbananmu
Tidakkan mampu aku membalasimu
Wahai Tuhanku
Rahmatilah ibuku
Berilah ia kebahagian hidup di dunia dan akhirt

Friday, February 9, 2007

home work

Aku ada homework yang perlu diselesaikan. Kena buat artikel mengenai "hari ibu". Aku dah cuba-cuba buat mind map- terkial-kial lagi tu.....sempatke?dateline 11hb ni....

hari-hari selepas bengkel penulisan

Hari ni 9 hb, aku mula menulis lagi di blog ini setelah beberapa kali mencuba. Aku ada masaalah membuka blogku sendiri sebelum ini.

Sehari selepas bengkel penulisan, semasa memandu ketempat kerja fikiranku mula menerawang. Aku biasanya banyak menerawang dan meneroka fikiranku semasa memandu. Aku masih teringat nama yang ku beri untuk blog ni... "tenanghatiku"? apa makna tu. hatiku tak tenang.. minta ditenangkan... sapa nak memenangkan... ah....atau tukar ajelah kenama lain...menang? senang?kenang?...ah....inikan cubaan pertama kali...yang pasti aku senang dengan perkataan tenang, cuma rasa tergugat dengan perkataan "hatiku"...hati wanita banyak bolak baliknya. Ya Allah tenangkanlah hatiku dan tetapkanlah fikiranku.

Semalam, hari rabu, aku mengambil cuti, wanita jim selangor ada press conference sempena BPU singkatan bagi bengkel personaliti unggul. Semua sudah disediakan. Dari temujanji, jemputan pihak media, booking tempat, press statement, kit, backdrop banner, makan.....ah aku bertuah bekerja dengan akhawat yang bukan saja berpenampilan unggul bahkan berketerampilan unggul. Adik dan kakak semua berganding bahu, masing-masing berwajah ceria dan ayu. Dua hari sebelum tu aku sudah hubungi ketuaku, Dr Har di Pusat, minta "blessing" dan tips. Oh, macamni rupanya buat press statement!!!. Semasa makan datang pemberita dari dara.com... dia tanya "dah mula?" Jawab kami.."dah selesai. Tapi takpe bolih aje tanya pada kami." Lepas dia temuramah kami dan kami temuramah dia, dia tanya jim ada biro untuk saudara baru? serentak aje kami jawab .. itu memang niche jim. Tokay dia pun ada. Kemudian kami jumpakan dia dengan akh Sylvester.

Besok pula aku dan pasukan Wanita Jim Selangor akan turun padang ke daerah sepang dan hulu langat. Aku masih terasa-rasa kemanisan dan kehangatan perjumpaaan dengan akhawat di kuala langat, klang dan gombak. Sayang aku tak dapat ketemu wanita jim ampang jaya yang perkasa itu kerana baru balik dari permusafiran lubnan dan kemudian menemui kekasihhatiku di ipoh tempoh hari. Aku sudah mula merasa ketenangan dan kesenangan hati akan berjumpa akhwat esok bersama pasukanku.

Saturday, February 3, 2007

gambar group - blog klas

inilah kami semuanya dengan sifu kami. terima kasih kepada semua
dari kiri: hanim, noriah, suraya, dr ruzi, sifu, suriza, norhayati, norhidayah, dr norazizah, pr azizah, Juwairiyah, norhashimah, noursila (ketua (HEP), zatiamni, khadijah..

dateline 11.2.2007


blue - winter

blue sky, blue sea, blue winter...

blog sifu dan kawan-kawanku

blog kawan-kawanku: semuanya hebat-hebat belaka. hmmmmm...14 semuanya! Semuga mendapat dan memberi inspirasi antara satu sama lain.

Blog sifu dulu: http://kelasblogger.blogspot.com/

http://www.wanitabertuah.blogspot.com
http://www.sekadarpendapat.blogspot.com
www.lotty-maknahidup.blogspot.com
www.tenanghatiku.blogspot.com
http://www.niatku.blogspot.com
www.ibucerdik2007.blogspot.com
www.thechosenroad.blogspot.com
www.sakeena-nur.blogspot.com
www.cheffhanim.blogspot.com
www.mawardesa07.blogspot.com
www.klasik-jati.blogspot.com
www.geminigirl-greenblogger.blogspot.com
http://www.jk-fly2dsky.blogspot.com/
http://www.dojoz-pepperdom.blogspot.com